Tips Terbaik Untuk Kelenjar Pineal Yang Sihat

Kurangkan bahan berfluorida dalam kehidupan seharian

Untuk memulakan langkah yang sebegini, anda perlu menapis air dengan cara yang baik kerana ada sebilangan syarikat air yang memberikan sumber air yang bercampur dengan bahan berfluorida. Selain itu, anda harus menggunakan alat penapis reverse osmosis (RO) ataupun membeli sebotol air dari spring water ataupun sebotol air yang menunjukkan bahawa tiada bahan berfluorida telah dicampur. Anda juga boleh menukarkan ubat gigi anda kepada yang tanpa fluorida – walaupun langkah ini tidak seharusnya dilakukan kerana anda tidak “menggunakan” bahan tersebut secara teknikal. Walaupun begitu, ada juga beberapa jenama ubat gigi tanpa fluorida yang boleh menentang kerosakan gigi.

Meminum cider epal

Cider epal (Apple cider vinegar) mempunyai kandungan malic acid dan boleh dijadikan tonik untuk membuangkan toksik dari seluruh badan termasuk kelenjar pineal. Ia mempunyai pelbagai kebaikan menjadikan badan lebih beralkali, dan ini adalah sangat baik. Anda boleh cuba minum cider epal ini 3 kali sekali, dan boleh juga menambah madu atau jus lemon.

Mengambil makanan yang mempunyai kandungan iodin yang tinggi

Makanan yang mempunyai kandungan iodin tinggi seperti rumpai laut, kranberi, kacang hijau, pisang serta udang dapat menyokong fungsi thyroid serta kelenjar pineal. Iodin dapat menyingkirkan kandungan natrium klorida (NaCl). Walaupun begitu, Iodin apabila diambil dengan kandungan yang tinggi boleh memudaratkan, jadi disarankan untuk mengambil suplemen yang larut air.

Memakan “raw chocolate”

Coklat jenis ini kaya dengan anti-oksidan yang menjamin kesihatan otak serta merangsang “mata” di dalam minda.

Minyak kelapa

Penggunaan minyak kelapa menyuburkan tubuh badan serta kulit dan rambut dan kebaikan yang lebih bermanfaat daripada minyak kelapa ialah menyuburkan otak. Ia juga kaya dengan rantain trigliserida (triglycerides) yang sederhana yang kemudiannya menjadi “ketones” di dalam jantung. Ketones dapat mengembalikan fungsi neuron dan saraf dalam otak dan ini merupakan berita yang terbaik untuk mengurangkan kerosakan otak serta mungkin dapat menjadi penyelesaian untuk mengelak penyakit Alzheimer

Herba

Herba seperti centella asiatica (Gotu Kola) dapat menyuburkan kelenjar pineal. Medicago sativa (pucuk Alfalfa) dan daun parsli meningkatkan tenaga dalam kelenjar pineal. Anda boleh menambah parsli dan pucuk Alfalfa ini dalam masakan untuk memberikan tenaga yang lebih untuk otak

Kurangkan penggunaan cermin mata hitam

Cahaya yang dipantulkan ke retina dapat merangsang kelenjar pineal ini. Dalam pada itu, mata kita perlukan didedahkan pada matahari secara tidak terus untuk seharian. Jika anda memakai cermin mata hitam ini, sebaiknya janganlah memakai secara berlebihan, akan tetapi, jangan cuba untuk merenung terus ke arah matahari. cahaya solar ini memberikan Vitamin D yang cukup penting untuk kesihatan otak serta mengelak dari tekanan dan depresi.

Comments are closed.
Community Posts
Kurangkan bahan berfluorida dalam kehidupan seharian Untuk memulakan langkah yang…
Kurangkan bahan berfluorida dalam kehidupan seharian Untuk memulakan langkah yang…